Tutorial ini akan menunjukkan cara melukis botol. Untuk melukis botol cikgu akan menggunakan beberapa
struktur rekaan seperti struktur garisan
melintang, struktur garisan menegak. Struktur bujur serta struktur lengkung.
Pemerhatian model: Berasaskan gambar perkara
dominan yang terdapat pada botol adalah seperti berikut. Pertama bentuk botol dalam kedudukan menegak. Kedua botol
ini lut sinar. Ketiga mempunyai tudung botol kecil yang terletak pada bahagian
atas. Keempat bentuk badan atas botol
lonjong. Kelima botol ini mempunyai
label yang ada jenama. Sekarang mari kita mulakan melukis.
LANGKAH 1
Dapatkan kertas lukisan dan buat satu ruang kerja. Bahagikan kertas lukisan kamu
kepada tiga bahagian dengan menggunakan struktur garisan. Lihat contoh. No 1
dan 2 = struktur garisan melintang. No 3
dan 4 struktur garisan menegak (vertikal).
LANGKAH 2
Seterusnya
tambah garisan struktur melintang seperti nombor 5 dan nombor 6. Tujuan
garisan struktur ini bagi menentukan kedudukan tapak botol dan kedudukan penutup botol.
LANGKAH 3
Kemudian tambah struktur bujur
pada tiga bahagian. Iaitu bahagian
tapak , bahagian badan atas botol
dan bahagian penutup botol, seperti dalam rajah 7, 8 dan 9.
LANGKAH 4
Lengkapkan struktur bujur dengan
struktur garisan lengkung, menegak dan
sebagainya bagi membentuk botol.
LANGKAH 5
Tambahkan garisan pada sisi tepi kiri dan sisi kanan botol bagi
membentuk lakaran jenama. Tambah garisan
pada bahagian lain bagi membentuk botol secara 3 dimensi.
LANGKAH 6
Tambah pelbagai lorekan dengan mengunakan garisan lengkung,
bersilang, bertindan tindih dan
sebagainya bagi membentuk ton garisan dan kesan permukaan untuk menimbulkan bentuk botol.
LANGKAH 7
Tambahkan lagi pelbagai garisan
halus dalam pelbagai arah bagi
menonjolkan bentuk botol.
LANGKAH 8
Kontraskan label dengan menggunakan garisan supaya jenama botol nampak lebih jelas, selain
daripada itu timbulkan kesan bayang pada bahagian tertentu botol. Sekarang
lukisan botol telah pun siap.Tahukah
kamu bagi melukis botol ini cikgu sekadar menggunakan beberapa
ball point pen serta pensil.
Kemasan
Untuk menjadikan lukisan botol kamu lebih kemas dan
menarik, sila buang dan padam semua struktur garisan
supaya botol yang kamu lukis mejadi lebih menarik. Selamat melukis.