LUKIS MATA

MELUKIS MATA CARA MUDAH
Ramai yang kata melukis mata susah. Sekarang cikgu akan tujukkan cara melukis mata menggunakan struktur rekaan. Untuk tutorial ini cikgu akan tunjukkan  bagaimana STRUKTUR BULAT dan STRUKTUR LENGKUNG sangat membantu bagi melukis mata.

Langkah 1.

Untuk  melakukan aktiviti ini kamu boleh  menggunakan pensil, pen, arang  atau berus. Gunakan kertas putih atau kertas lukisan sebagai  tempat kamu melukis. Gunakan pensil untuk mebuat struktur bulat, kemudian buat bulatan ditengah sebagai  bahagian mata hitam.




Langkah 2.
Kemudian  lukis struktur lengkung bagi membentuk kelopak mata atas. Buat ulangan pada struktur  lengkung supaya kelopak mata atas tebal.



Langkah 3

Kemudian lukis satu lagi  struktur  lengkung  terbalik dibawah kornea mata.




Langkah 4


Isi garisan jejari halus pada bahagian  kornea bagi membentuk biji mata.





Langkah 5

Gunakan garisan halus  melentik bagi membentuk bulu mata atas dan bulu mata bawah.



Langkah 6

Kemasan – padam garisan struktur bulat dan tinggalkan bahagian mata sahaja





Blog Archive