MELUKIS MENTOL
Dalam tutorial ini cikgu akan tunjukkan cara
melukis mentol lampu. Walaupun bentuk mentol ini kompleks tetapi ia masih mudah
dilukis menggunakan struktur rekaan. Kali ini sebanyak empat jenis struktur
rekaan akan cikgu perkenalkan iaitu;
i.
struktur garisan
horizontal( melintang)
ii.
struktur garisan vertikal (menegak)
iii.
struktur garisan condong (slanting)
iv.
struktur garisan
bujur ( oval)
v.
struktur segi empat.
Perbincangan seterusnya akan ditunjukkan cara menggunakan struktur rekaan
tersebut.
LANGKAH 1
Sediakan satu ruang kerja segi
empat. Kemudian bahagikan kepada tiga bahagian dengan menggunakan struktur
horizontal. Tambah struktur vertikal seperti contoh yang diberi. Petunjuk: 1
dan 2 = struktur horizontal. No 3 = struktur vertikal
LANGKAH 2
Kemudian tambah struktur condong
seperti contoh yang diberi. Petunjuk: No 4 = menunjukkan bagaimana struktur
condong dilukis.
LANGKAH 3
Tambah lagi
struktur condong seperti petunjuk
5, petunjuk 6, petunjuk 7, petunjuk 8, petunjuk 9 dan petunjuk 10. Dengan
membina struktur tersebut kita sebenarnya telah menentukan kedudukan mentol
berasaskan gambar (model grafik) yang digunakan.
LANGKAH 4
Membuat lakaran bentuk mentol berpandukan struktur rekaan. Perhatikan
contoh rajah grafik di bawah, bagaimana
struktur garisan di isi
dengan bentuk tertentu mentol. Dan untuk mendapatkan
bentuk badan mentol yang bulat struktur
rekaan bujur digunakan
Kemasan:
Garisan yang tidak diperlukan
bolehlah dipadam dengan getah pemadam. Selain daripada itu sempurnakan kesan bayang, kesan
terang dan gelap dengan mengunakan teknik gosokan, garisan berulang dan
sebagainya. Selamat Melukis. GURUSENI