LUKIS MENTOL

MELUKIS MENTOL
Dalam tutorial ini cikgu akan tunjukkan cara melukis mentol lampu. Walaupun bentuk mentol ini kompleks tetapi ia masih mudah dilukis menggunakan struktur rekaan. Kali ini sebanyak empat jenis struktur rekaan akan cikgu perkenalkan iaitu;
i.                    struktur garisan  horizontal( melintang)
ii.                  struktur garisan vertikal (menegak)
iii.                struktur garisan condong (slanting)
iv.                 struktur  garisan bujur ( oval)
v.                   struktur segi empat.

Perbincangan seterusnya akan ditunjukkan cara menggunakan struktur rekaan tersebut.

Pemerhatian Bentuk- Perhatikan grafik gambar mentol lampu yang dipaparkan. Daripada pemerhatian itu lampu dalam kedudukan condong. Bentuk mentol berpiling dan terdapat soket plug



LANGKAH 1
Sediakan satu ruang kerja  segi empat. Kemudian bahagikan kepada tiga bahagian dengan menggunakan struktur horizontal. Tambah struktur vertikal seperti contoh yang diberi. Petunjuk: 1 dan 2 = struktur horizontal. No 3 = struktur vertikal




LANGKAH 2
Kemudian tambah  struktur condong seperti contoh yang diberi. Petunjuk: No 4 = menunjukkan bagaimana struktur condong dilukis.



LANGKAH  3

Tambah lagi  struktur condong  seperti petunjuk 5, petunjuk 6, petunjuk 7, petunjuk 8, petunjuk 9 dan petunjuk 10. Dengan membina struktur tersebut kita sebenarnya telah menentukan kedudukan mentol berasaskan gambar (model grafik) yang digunakan.




LANGKAH  4
Membuat lakaran bentuk mentol berpandukan struktur rekaan. Perhatikan contoh rajah grafik di bawah, bagaimana  struktur garisan di isi  dengan  bentuk  tertentu mentol. Dan untuk mendapatkan bentuk  badan mentol yang bulat struktur rekaan bujur digunakan




 LANGKAH  5

Dalam lakaran  ini bentuk  kasar   mentol disempurnakan berasaskan struktur yang digunakan. Apa yang perlu kamu dilakukan selepas ini ialah menyudahkan kemasan lukisan mentol



Kemasan:

Garisan yang tidak diperlukan bolehlah dipadam dengan getah pemadam. Selain daripada itu sempurnakan kesan bayang, kesan terang dan gelap dengan mengunakan teknik gosokan, garisan berulang dan sebagainya. Selamat Melukis.  GURUSENI



Blog Archive