LUKIS EPAL

MELUKIS EPAL



Dalam tutorial ini  cikgu akan tunjukkan bagimana melukis epal cara mudah dengan menggunakan kaedah  struktur rekaan. Struktur rekaan yang cikgu gunakan ialah struktur bulat,struktur  condong serta struktur huruf  sebagai rangka asas melukis epal.


LANGKAH 1
Perhatikan buat epal di atas. Apakah struktur yang menyerupai buah epal itu. Jawapannya tentulah struktur bulat. Kemudian buat satu  struktur garisan bulat seperti  rajah di bawah.




LANGKAH 2
Isi struktur bulat  dengan lakaran tambahan. Bagi membentuk tangkai – gunakan struktur condong. Struktur C bagi membentuk bahagian atas buah, Struktur S terbalik bagi membentuk badan epal dan struktur W bagi membentuk punggung epal.



LANGKAH 3

Kenal pasti arah cahaya. Gunakan alat melukis (pen atau pensil) kamu bagi membentuk buah epal  dengan menggunakan garisan secara lengkung, bersilang dan sebagainya. Ingat kawasan yang kurang cahaya perlu  lebih gelap. Manakala kawasan yang  terdedah  pada cahaya bentuk buah lebih terang.






LANGKAH 4
Kesan cahaya bukan sahaja menentukan terang dan gelap kepada bentuk buah epal, tetapi ia juga  akan  memberi kesan bayang kepada buah epal. Kesan bayang yang  diterapkan dalam lukisan akan menambah nilai indah pada bentuk buah yang dilukis. 



Blog Archive